Hi. Bertabahlah membuat update ye Nazla **sambil tepuk bahu sendiri**. Ramai tengah menunggu keluh kesah autumn trip kamu tu. Cewah. Gila perasan kan?
Seawal jam 3 pagi pada 2 November, tuan tanah & Mimi dah mula bersiap. Dan hasil belas kasihan anak sepupu yang paling disayangi, dia setuju hantar kami jam 4 pagi ke KLIA2. None of us including Mimi have been to this aiport before. So memang sengaja gerak awal sebab asyik dengar orang cakap pasal kebesaran dan kepenatan untuk berjalan dalam airport baru tu. Better be early than sorry. Tidak mahu kejadian trip ke Jakarta berulang.
Seeeee!! Kitorang memang tak biasa travel style backpacking. Tengokla stock makanan je, dah macam nak duduk sebulan. Korang tak rasa ke bila berjalan tempat orang ni kita akan sentiasa craving nak makan? Ke kami berdua je rasa macam tu?
My cousin decided to stroll around the airport instead of just sending us off kat luar airport je. Lepas parking, turun naik lift untuk cari kat mana nak check in luggage dalam 5.30am juga la sampai ke kaunter. Upon check in luggage ni kakak kaunter tu ada inform gate tutup 20 minit before departing. Kami ramah tamah tanya berapa minit jalan dari sini ke gate P ni. Dia dengan yakinnya cakap dalam 30 minit. Fuh terus duk bayang jauh betul kalau 30 minute walking. Oh by the way wrapping service available kat tepi kaunter cek in. RM10 for each bag. Kat belakang information counter pulak ada mesin penimbang in case you nak check first before checking in. Lepas urusan check in luggage, kami decided nak makan. Kasi tawaf satu floor ni end up makan KFC.
Lupa nak beritahu flight kami jam 8.50am. Gila awal kan kami datang? Dan kawan yang lagi 2 orang tu were in earlier flight than us. So memang depart dari KL dengan Mimi je. Dalam jam 7 babai2 sikit kat cousin, terus berjalan mencari gate P1.
Memang tersangatlah jauh menapak untuk ke gate. Tapi mujur kami memang banyak masa, memang jalan lenggang mak minah la. Nanti ada la nampak few people berlari macam ribut. Agaknya dah terlewat kan. Kat sini ada provide service buggy. Tapi macam limited. Maybe office hour kot dorang bekerja sepenuhnya hihi.
Mujur gate P1 itu betul betul lepas custom checking tu. Apa lagi terus duduk dan tidur. Serious tidur. Ada la kejap kejap pergi toilet. Beli air. Dan jalan jalan area situ. Bagusnya semua pun brand new dan luas. Tak cramp tengok pemandangan situ. Dont worry ada surau provided kat area gate P9. Tak pulak pergi ke dalam since both of us cuti.
source: Facebook KLIA2
Those yang nak tengok map untuk departure from KLIA2 boleh refer gambar bawah.
Source : GreatStuff @ HubPages
So lepas boarding, kami duduk belah kiri & sebelah Mimi ada satu chinese aunty. Tapi lepas setengah jam dalam flight dia dah hilang. Maybe tak selesa kot duduk dengan kami yang bagak bagak ni. So untung kat kami sebab selesa!!
Seperti biasa, Nasi Lemak Pak Nasser adalah menu pre-order wajib untuk kami. Tak lapar pun boleh jadi lapar. Padahal kan dah makan burger kat KFC tadi. Lepas dah kenyang, layan RunningMan kejap dan lalu tidur. YES!! Pertama kali dapat tidur dalam flight. Bangga dengan diri sendiri.
After 4 hours flight, selamat sampai di Hong Kong International Airport. Macam biasa beratur untuk kastam dorang. Tak bestnya dorang tak cop pasport kita. Cuma ada kertas kecil je. Sedih. Wifi service ada dalam airport so terus cuba meng whatsapp kawan yang lagi 2 yang dah sampai awal.
Dan ini dia. Untuk pertama kali Mimi jumpa Ms L yang tengah tu. Ms N yang bertudung biru itu pula Mimi dah pernah jumpa like 2-3 years ago. Sama la untuk tuan tanah. Kali terakhir jumpa Ms N 2-3 years ago. Dan Ms L pula dia ada ziarah waktu abah meninggal haritu. Tapi tak sempat nak borak sangatlah. So here go! Our journey starts now!
We have arranged airport pick up from the guesthouse since nak cepat dan tak nak fikir fikir dah. Kami kan nak kejar ferry ke Macau pulak. Actually kat HK airport ni ada SkyPier. Kita boleh straight ke Macau by ferry from the airport. Without jumpa kastam & tak perlu ambil luggage. You hanya perlu beli ticket ferry dan scan barcode. So they will transfer your luggage into ferry too. Tapi oleh kerana kami ni different flights dan tak tahu the real way to deal with SkyPier, so semua bertabahlah berpatah balik nanti.
Source: Hong Kong Tour Guides
Sementara tunggu orang guesthouse datang, sempat beli Octopus Card for $150 which $100 nilainya & $50 was deposit for the octopus card. Duit akan dikembalikan kalau pulangkan kad tu. Jangan risau, dorang boleh cakap english yang mudah difahami.
Dari airport ke guesthouse kami kat Tsim Sha Tsui mengambil masa dalam 30 ke 40 minit dengan harga $350 untuk satu kereta Starex itu. Naik je guesthouse, letak luggage for $10 per bag then terus jalan kaki menuju ke China Ferry Terminal.
Jalan kaki 7 min tu mungkin jalan orang HK lah. Kami punya jalan dekat 15 minit juga. Lagi lagi sambil jalan tu banyak kedai yang nak tengok tengok.
Lepas jumpa ferry terminal ni, ada satu kaunter tiket cakap masih available tiket jam 5.30pm. Waktu tu dah 5.15pm. Kami siap double confirm tanya still sempat ke? Dengan yakinnya amoi tu cakap "Of course" Lepas bayar je kami berlenggang mak minah sekali lagi dan terus amoi tu cakap "Hurry up go catch the ferry"
Celaka sungguh. Rupanya kena join larian pecut 4 x 400 meter. Gate 12 pulak tu. Memang Semput la kejar. Lesson learnt. Sibuk sangat nak sampai awal tanpa usul periksa. Padan muka kami semua. We were among few yang last aboard the ferry of course.
Seats adalah sangat selesa. Memang kalah seats Air Asia. Aircond sejuk gila & boleh beli refreshments kat dalam tu. Perjalanan yang suppose 1 jam ada delay sikit since cuaca kurang memuaskan dan keadaan laut yang agak berombak besar. Sementara tu semua layan hp sendiri since ada wifi. Masing masing duk sibuk hapdet itu ini dan lalu tidur. Hoho.
Ok dah panjang sangat ni entry introduction. Sambung later k.